Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
 
Andainya  lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu  bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus  tabah menyintai lelaki itu.
 
Andainya  lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu  mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat  mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru  bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah  sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang  berlaku.
 
Andainya lelaki  tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud  untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih  dekat.
 
Andainya lelaki  tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan  bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu  menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan  anda.
 
Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan  bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih  mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan  mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia  hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
 
Andai  lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.  Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,  tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
 
Andai  lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak  bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri  cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa  tubuhnya.
 
Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar  maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di  mata.
 
Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,  jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu  melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.  Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia  dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi  yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
 
Andai  lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk  menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu  bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat  lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar  fikirannya dalam masa sesaat.
 
Andai  lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia  tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu  menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,  percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar  menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu  emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif  dengan perubahan pada diri anda.
 
Andai  lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu  dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling  memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan  itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,  tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu  merasa selamat bersamanya. 
 
Biarpun  zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri  yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi  lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup  anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia  juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih  sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga  ibu yang terbaik untuk anak2 anda