Sunday, April 19, 2009

eRm..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

For Ur iNForMAtion

khas tok my dear, Mr Q... kwn2 ku yg lain pn d prsilakn m'baca k...

1. Nama penuh anda?
Nor Ain Binti Rahmat

2. Characters on you?
erm, sensitif, kuat m'rajuk (org2 t'tntu shja), snang nk nangis, p'dengki... tp di sebalik smua 2 ak ni baik ati, mdah simpati, mdah tlg org, x kdekut... n korg nilai sndiri la yerk..

3. Time nak jawab soklan ini, korang berpakaian aper?
t-shirt + sluar 3/4.. hehehe ngah stdy 2...

4. Apa hobi anda semasa dibangku sekolah?
  • baca novel
  • dengar radio
  • tengok tv
  • wat kek coklat (my fvorite, nk rsa dtg umah)
  • kcau org
* 2 aj yg ingt...

5. Target anda tahun ini?

1st, smoga dpn dekan sprt sblm ni..
2nd, my prog b'jaya dgn jayany..
3rd, nk kurus (ok x)
4th, nk capai ap yg x t'capai (nk tau jmpa ak eaa)

6. Apa perkara/benda yang penting dalam hidup anda?

1st, my family/ic..
2nd, education/matric card..
3rd, my frenz/duit..
4rt, dll/hp & kunci blik...

7. Benda terakhir yang anda beli dengan duit anda sendiri?
Bli mkanan n minuman... hehehehe

8. Dimanakah restoran terakhir kamu pergi?
Pizza Hut ngn budak hitam 1, 3, 8 n 9...

9. Shopping complex terakhir yang kamu pergi?
Jusco Setiawangsa..

10. Adakah anda sedang bercinta?siapakah gerangannya?
Yup, scra jujurnya skunk ni dgn sesorg.. bru shja d pertemukan smula stlah skian lma.. saper yerk??

11. 5 Lagu yang kerap kamu dengar sekarang?
  • Second Civil - Aku, Kau & Kenanganku
  • Pink - So What
  • Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
  • Siti Nurhaliza - Pada Cintanya
  • Elemen - Cinta Tak Bersyarat

Tuesday, April 14, 2009

RaHSia TArikH LAhiR LeLAki

CAPRICORN ( 22 DISEMBER - 20 JANUARI )

  • Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.
  • Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal!
  • WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...

AQUARIUS ( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI )

  • Orangnya: Pijak semut tak mati..
  • Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.
  • WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..

PISCES ( 20 FEBRUARI - 20 MAC )

  • Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
  • Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
  • WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

ARIES ( 21 MAC - 20 APRIL )

  • Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent.
  • Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya..
  • WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

TAURUS ( 21 APRIL - 21 MEI )

  • Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
  • Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
  • WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

GEMINI ( 22 MEI - 21 JUN )

  • Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya.
  • Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
  • WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

CANCER ( 22 JUN - 23 JULAI )

  • Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
  • Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
  • WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler..

LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS)

  • Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
  • Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
  • WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.

VIRGO ( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER )

  • Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
  • Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
  • WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )

  • Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
  • Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself!
  • WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )

  • Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
  • Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.
  • WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).

SAGITARIUS ( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER )

  • Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous.
  • Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
  • WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

CuAK

erm.. kol 2 (14 april 2009) ni ak kna jmpa en shahril smula bout my paperwork.. skunk ni ak kat PSZ m'hitung wak2... poyo r ain ni... cuak 2 nk naik HEP... td dy mntk kat ak snarai progrm p'satuan smart spnjng 2 sem ni.. doakn ak eaa.. memg cuak sgt2 ni.. hpefully dpt k'lulusan tp if x dpt ak redha jela n ak x kn wat prog rsa ny pas ni.. sub3... erm........

MuEt Mid YEar 2009

25 April 2009 - Writing ( listening, reading & writing )
5/6/7/11/12/13 Mei 2009 -  Speaking

p/s : 4 9 budak hitam alert eaa.. kta smua speaking 5 hb mei skali ngn exam MA.. gud luck yea...

JaDUal FiNal EXam 2 DDw

20 April 2009 - 9.00 am Etika Professional ( En Yazid B Jaafar )
23 April 2009 - 9.00 am Pengenalan Kewangan ( En Mohd Salehudin B Mohd Simpol )
28 April 2009 - 9.00 am Perakaunan Pertengahan 1 ( Pn Shahirah Bt Jamaludeen )
03 Mei 2009 - 2.30 pm English For Professional Communication ( Pn Hanizah Bt Ishak )
05 Mei 2009 - 2.30 pm Perakaunan Pengurusan ( Pn Siti Zaleha Bt Abdul Rasid )
07 Mei 2009 - 9.00 am Pengurusan Pembelian ( En Redzuan B Abdul Rahman )

p/s : 4 all my frens, dn't 4get ur lect name k.. nt sbuk lak nk tnya ble nk msuk dwan exm.. erm, gudluck yea.. mdah2an kta smua d p'mudahkan ketika m'jwab exm, d'kuatkan ingtan, d terangkn ati n ap2 yg baik la... amin.. all the best yea... 

Monday, April 13, 2009

Wednesday, April 8, 2009

TAnDA2 LelAki JATuh CInTA

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan mudah untuk melihat lelaki menitiskan air mata.

Berikut merupakan tanda-tanda lelaki yang telah jatuh cinta dengan begitu mendalam...

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkankekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya
melayannya lebih daripada orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnyamelakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada
kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya
dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain dan
dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta
walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun sekiranya dia berbuat demikian itu bererti hatinya

belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.

RaHSia MAta waNITa

Mata mampu mengungkap pelbagai makna yang tersirat. Cinta juga bermula dari mata dan turun ke hati. Di bawah adalah tafsiran sikap wanita berdasarkan bentuk mata mereka.

Saiz mata kecil

  • Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
  • Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
  • Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
  • Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
  • Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

  • Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan.
  • Bertanggungjawab
  • Perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

  • Cukup kuat berahsia.
  • Otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
  • Seorang yang setia.
  • Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

  • Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
  • Wanita yang baik.

Mata jarang berkedip

  • Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia.
  • Adil, bertanggungjawab, tidak cerewet.
  • Membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

  • Kurang memuaskan dan materialistik.
  • Hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup

  • Wanita ini mudah dipermainkan.
  • Tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, iri hati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

  • Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata.
  • Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak.
  • Marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

BoSAn :-(

erm, apsal la ari ni bosan sgt... bun2 kpala ak... smua yg nk wat srba x jd.. ad aj yg x kna.. ap la kna ngn ak ari ni... ak tnsion sgt2... cmne eakk nk hndle bnda ni... really2 dnt know... i hve no idea nk hndle bnda ni.. eiiiiiiiiii, tnsionnyaaaaaaaaaaa.....

Tuesday, April 7, 2009

SAd

erm, ptutny mlm ni overnite.. tp ad prob ckit... sdih la.. :-( erm, bla la dpt g yerk... x dpt sma2 9 bdak htam kuar overnite.. sub3.. tp sowkey... mybe ad hkmah d sebalik smuany.. cayala bdak htam 2... hehehehe... always thnk +ve...

Sunday, April 5, 2009

LifE In LAvENDer




malam mngu yg lalu.... msa 2 28 mac.... kami smua mntan2 jkm di raikan ngn satu mjlis iaitu mlm p'anugerahn JKm... ak n 3 org kwn yg lain (ami, mas n k.min) b'tndak sbg protokol tok mlm 2... cm sush gak especially ak la al mklumla x ad p'galamn but enjoy, best sgt2.. smua 8 bdak htam ad but seorg aj x ad coz dy blik msa 2... just kami b'8 only.. ak x kn lpakn mlm t'sebut wlaupn pnat jd runner... hehehehe.. p'glaman yg x dpt d lpakan..

LeLaKi & WaNITa

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.


WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

PersOnaLiTi MeNgiKut TAriKH

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

PersOnaLiTi MeNgiKut BuLaN

JANUARI

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • berfikiran abstarak
  • sukakanbenda yang realiti dan abstrak
  • inteligent, bijak dan genius
  • berpersonaliti yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • berpersonaliti menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal
  • berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lambat sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihata bahagian perut
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disayangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

OGOS
  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semanagt juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka memimpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

SEPTEMBER
  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti, dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan, dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik

OKTOBER
  • suka sembang
  • suka orang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • suka melancong, bidang sastera, dan seni
  • pengasih, penyayang, dan lemah lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat

NOVEMBER

  • banyak idea dalam sesuatu perkara
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • cara berfikir lain dari orang lain
  • berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
  • daya firasat sangat halus dan tinggi
  • bagus sebagai doktor
  • cermat dan teliti
  • personaliti dinamik
  • tidak hargai pujian
  • bercita-cita tinggi
  • terlalu degil dan keras hati
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • pandai mendorong diri sendiri
  • berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
  • mudah ambil berat terhadap orang lain
  • tak suka marah kecuali tergugat
  • pandai muhasabah diri
  • romantik
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • suka duduk di rumah
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

  • sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
  • sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...